Dijana oleh Penternak.store

Tafsir Al-Quran Nik Abdul Aziz Nik Mat: Surah Al-Fatihah (HARD COVER)

RM 30.00

Kalam hikmah daripada seorang tokoh yang disegani di Malaysia Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.

Baki Stok: 10

NAMA SURAH AL-FATIHAH

Surah yang kita baca hari ini, kita panggil Surah al-Fatihah. Selain daripada al-Fatihah, banyak nama lain. Ada nama al-Syafi, ada nama al-Kafi, ada bermacam-macam nama lagi. Itu orang panggil mengikut nama jolokan. Kerana terlalu sayangnya Allah Subhana wa Ta’ala pada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberi nama bermacam-macam mengikut aspek- aspek tertentu. Yang kedua, disebut juga nama Ummul Kitab. Ummul Kitab maknanya ‘Emak bagi segala kitab’. Tidak kata ‘bapa kepada kitab’, tetapi panggil emak. Kerana manusia ini, kalau banding antara bapa dengan emak. Maka manusia sayang kepada emak lebih daripada sayang kepada bapa.

Info Buku:

Penerbit: 
Pertubuhan Alim Rabbani
Format: 
Hardcover
Halaman: 
Hitam Putih

Muka Surat: 
104 Muka Surat